Muslim Aid Asia
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.


Volunteering, Humanitarian, Charity
 
HomeHome  Latest imagesLatest images  SearchSearch  RegisterRegister  Log inLog in  

 

 Program Bersama ASDAF: Lawatan ke Masyarakat Orang Asli Pos Lanai

Go down 
AuthorMessage
matasura
Moderators
Moderators



Male Number of posts : 24
Age : 42
Location : Bangsar-Sentul-Penang
Registration date : 2008-05-06

Program Bersama ASDAF: Lawatan ke Masyarakat Orang Asli Pos Lanai Empty
PostSubject: Program Bersama ASDAF: Lawatan ke Masyarakat Orang Asli Pos Lanai   Program Bersama ASDAF: Lawatan ke Masyarakat Orang Asli Pos Lanai I_icon_minitimeTue May 20, 2008 10:51 am

1.PENGENALAN

PERKIM Cawangan ASDAF menjalankan dua aktiviti utama iaitu Asrama Darul Falah PERKIM (ASDAF) dan Dakwah Orang Asli yang diadakan di Kampung Harong, Nyentil dan Perangkap.

Usaha yang dilakukan oleh PERKIM cawangan ini semenjak 7 tahun yang lalu mendatangkan hasil yang boleh dibanggakan. Apa yang dibanggakan ialah penerimaan penduduk – penduduk kampung ke atas program yang dilakukan sehingga ada di antara mereka yang menerima Islam sebagai pegangan hidup. Tetapi gerakan dakwah perlu berterusan agar mereka yang memeluk Islam boleh menghayati dan mengamalkan ajaran Islam sebenar.

Justeru, atas kesedaran inilah maka PERKIM Cawangan ASDAF mengorak satu langkah ke hadapan mengadakan satu program “Ziarah dan Kerohanian” iaitu satu program yang mewujudkan suasana muhibbah dan persaudaraan sesama Islam serta yang bukan Islam.

Kami percaya, masyarakat Orang Asli boleh dibangunkan ke tahap yang dibanggakan jika diberi peluang, rangsangan dan galakan. Kami juga percaya bahawa ciri-ciri perkembangan dan pencapaian kuantitatif seseorang manusia harus dibentuk seiring dengan sifat-sifat kualitatif iaitu nilai-nilai murni seperti bersih, jujur dan amanah. Semoga dengan sedikit usaha yang dirancangkan ini mendapat keredhaan dan keberkatan Allah Taala serta mendapat kerjasama dari semua pihak.



2.OBJEKTIF

2.1.Memantapkan ilmu agama kepada masyarakat Orang Asli Islam serta penghayatannya.

2.2.Memperkenalkan, menjelaskan serta memperbetulakan tanggapan buruk terhadap Islam kepada yang bukan Islam.

2.3.Mewujudkan kesepaduan dan koordinasi antara PERKIM, JHEOA, JAKIM, badan-badan sukarela, pertubuhan-pertubuhan dan peserta yang terlibat dengan penduduk kampung.

2.4.Memberi pendedahan kepada pendakwah mengenai methode menyampaikan dakwah kepada kumpulan sasaran.

3.PROGRAM ASAS

3.1. Ziarah

Merupakan aktiviti asas untuk menarik perhatian penduduk kampung di samping dapat mengeratkan lagi persaudaraan antara peserta program dengan penduduk kampung. Peserta akan berkunjung ke rumah penduduk kampung sambil beramah mesra dan membawa bersama buah tangan.

3.2.Kenduri

Juga menjadi agenda terpenting untuk memberi peluang kepada peserta mengadakan gotong royong menyiapkan masakan untuk dimakan bersama-sama.

3.3.Halaqah Ilmiyyah

Mewujudkan beberapa kumpulan kecil dengan penyertaan lima sehingga enam orang penduduk kampung bagi srtaiap satu kumpulan. Pendekatan ini dirasakan sesuai untuk memberi ruang yang lebih banyak kepada mereka bertanyakan secara terus permasalahan berkenaan dengan agama Islam.

3.4.Rawatan Perubatan

Rawatan perubatan kepada penduduk kampung diketuai oleh Doktor Hasri bin Samion daripada Institut Jantung Negara (IJN). Antara ubat-ubat yang diberikan kepada mereka seperti di Lampiran II.

3.5.Sukaneka

Sukaneka adalah program wajib untuk kanak-kanak dan orang dewasa. Sambutan terhadap acara ini amat memuaskan. Antara acara yang dipertandingkan seperti sepak takraw, menyumpit, tiup belon dan lain-lain.

3.6.Pengislaman

Sekiranya kedapatan penduduk kampung yang ingin menyatakan hasrat mereka memeluk Islam maka PERKIM Cawangan ASDAF akan mengambil pendekatan menyokong mereka ini dengan program – program susulan bagi membantu dan membimbing mereka ini ke arah menghayati ajaran Islam.


4.NAMA PROGRAM

Ziarah dan Kerohanian

5.ANJURAN

PERKIM Cawangan ASDAF

6.TEMPAT

Kampung Harong, Nyentil, Perangkap, Pos Lanai, 27600, Kuala Lipis, Pahang

7.PESERTA

20 orang
Back to top Go down
http://donateforummah.blogspot.com/
matasura
Moderators
Moderators



Male Number of posts : 24
Age : 42
Location : Bangsar-Sentul-Penang
Registration date : 2008-05-06

Program Bersama ASDAF: Lawatan ke Masyarakat Orang Asli Pos Lanai Empty
PostSubject: Re: Program Bersama ASDAF: Lawatan ke Masyarakat Orang Asli Pos Lanai   Program Bersama ASDAF: Lawatan ke Masyarakat Orang Asli Pos Lanai I_icon_minitimeTue May 20, 2008 10:53 am

8.TARIKH PROGRAM TAHUNAN

PERKIM Cawangan ASDAF akan mengadakan program susulan ke perkampungan Orang Asli seperti berikut:

8.1.1 15 – 16 Mac 2008 (Sabtu – Ahad) - Kampung Harong
8.1.2 29 – 30 Mac 2008 (Sabtu – Ahad) - Kampung Nyentil
8.1.3 12 – 13 April 2008 (Sabtu – Ahad) - Kampung Lanai
8.1.4 26 – 27 april 2008 (Sabtu – Ahad) - Kampung Pantos
8.1.5 10 – 11 Mei 2008 (Sabtu – Ahad) - Kampung Harong
8.1.6 24 – 25 Mei 2008 (Sabtu – Ahad) - Kampung Nyentil
8.1.7 7 – 8 Jun 2008 (Sabtu – Ahad) - Kampung Lanai
8.1.8 21 – 22 Jun 2008 (Sabtu – Ahad) - Kampung Pantos
8.1.9 12 – 13 Julai 2008 (Sabtu – Ahad) - Kampung Harong
8.1.10 26 – 27 Julai 2008 (Sabtu – Ahad) - Kampung Nyentil
8.1.11 9 – 10 Ogos 2008 (Sabtu – Ahad) - Kampung Lanai
8.1.12 23 – 24 Ogos 2008 (Sabtu – Ahad) - Kampung Pantos
8.1.13 13 - 14 September 2008 (Sabtu – Ahad) - Kampung Harong
8.1.14 11 - 12 Oktober 2008 (Sabtu – Ahad) - Kampung Nyentil
8.1.15 25 - 26 Oktober 2008 (Sabtu – Ahad) - Kampung Lanai
8.1.16 8 - 9 November 2008 (Sabtu – Ahad) - Kampung Pantos
8.1.17 22 - 23 November 2008 (Sabtu – Ahad) - Kampung Harong
8.1.18 10 - 11 Disember 2008 (Sabtu – Ahad) - Kampung Nyentil
8.1.19 27 - 28 Disember 2008 (Sabtu – Ahad) - Kampung Lanai


9. AHLI JAWATANKUASA PROGRAM

9.1 Program ini dilaksanakan melalui sebuah jawatankuasa yang dibentuk oleh PERKIM Cawangan ASDAF antaranya ialah –

9.1.1. Dr. Hasri bin Samion - Pengarah
9.1.2. Ustaz Hasmadi Ghazali - Setiausaha
9.1.3. Cik Hamidah Non - Bendahari
9.1.4. Tuan Haji Junet bin Busro - AJK
9.1.4. Tuan Haji Abu Hassan Haji Abdul Rashid - AJK
9.1.5. Ustaz Abd Ghani Dalip - AJK
9.1.6. Cik Kamaliah Kamaluddin - AJK
9.1.7.En.Zulkafli Othman - AJK

10. PERANCANGAN MASA HADAPAN

Menumpukan perhatian kepada permintaan beberapa buah keluarga Islam di Kampung Perangkap, Pos Lanai supaya PERKIM mengunjungi dan menziarahi kampung mereka. Melihat kepada potensi yang begitu besar untuk menarik penduduk kampung kepada Islam maka dirasakan amat perlu untuk memperkasakan gerakan bersaing dengan gerakan Kristianisasi yang giat dilakukan di kampung ini. Maka amatlah sesuai sekiranya keterlibatan secara langsung PERKIM Bahagian Kuala Lumpur akan lebih membuka mata mereka dengan kesanggupan PERKIM bahagian ini turun padang untuk melihat sendiri kampung mereka. Sebahagian besar penduduk kampung ini adalah Kristian di samping animisme dan Islam adalah golongan minoriti dan seringkali diperlekeh-lekehkan oleh rakan-rakan yang Kristian kerana kurangnya pembelaan daripada pihak luar.

PERKIM cawangan ini juga menumpukan kepada permintaan penduduk untuk
memajukan kampung antaranya ialah :

1. Menyumbangkan 2 buah enjin sangkut berkuasa kuda 20 beserta perahu panjang untuk kegunaan mereka. Sebenarnya inilah nadi kehidupan mereka yang bergantung sepenuhnya kepada pengangkutan air kerana kampung ini hanya dapat dihubungkan melalui jalan sungai yang mengambil masa 2 jam daripada Jeti Kuala Medang.

2. Menyumbangkan seekor lembu untuk dikendurikan semasa program berlangsung untuk membina hubungan mesra semasa aktiviti melapah dan memasak dilakukan.

3. Menyumbangkan gergaji mesin dan ketam untuk kegunaan membuat perahu kepada Encik Johan bin Abdullah.

4. Mengadakan Kursus Intensif Penghayatan Islam (KIPI) dengan mengambil beberapa orang muda mudi ketiga –tiga buah kampung itu untuk dibawa ke ASDAF selama sebulan.


11. PERBELANJAAN

(1)Sewa bot

7 buah bot x RM 300.00 - RM 2,100.00

(2) Barangan Basah -RM 400.00

(3) Barangan Kering RM 600.00

(4) Buah Tangan (tepung, susu, maggi, teh dan lain -lain)

- RM720.00

(5)Sarapan pagi ahli rombongan

20 x RM 4.00 - RM 80.00

(6)Makan tengahari ahli rombongan

20 x RM 5.00 - RM100.00
___________
JUMLAH RM 4,000.00


JUMLAH KESELURUHAN

RM 4,000.00 x 19 kali lawatan = RM 76,000.00




12. CADANGAN – CADANGAN

12.1.Mewujudkan usaha sama yang lebih mantap dengan JAKIM, JHEOA dan Jabatan Daerah Lipis untuk gerak kerja yang lebih berkesan.
12.2.Mengadakan profile bagi ketiga - tiga kampung Orang Asli yang dilawati.
12.3.Melibatkan PERKIM dan ABIM dalam Rancangan Dakwah Orang Asli. Tiap – tiap kampung Orang Asli dijadikan kampung angkat bagi satu PERKIM Cawangan atau PERKIM Bahagian atau Cawangan ABIM.

a. Menyusun gerak kerja yang akan dilaksanakan di tiap – tiap kampung Orang Asli mengikut kesesuaian berdasarkan profile kampung itu.

b.Menubuhkan unit-unit perubatan bergerak yang dianggotai sama ada Pegawai Perubatan tetap atau sukarelawan.

c.Mengadakan kempen kesedaran dakwah untuk masyarakat Melayu kampung berjiran, kumpulan-kumpulan orang yang ada hubungan dengan Orang Asli dalam urusan harian atau urusan rasmi dan juga pegawai, staf di Kementerian dan Jabatan Kerajaan yang bertanggungjawab mengenai hal ehwal

10. PENUTUP

Peranan PERKIM Cawangan ASDAF dalam memastikan kemajuan Islam di kampung – kampung Orang Asli adalah begitu besar. Akan tetapi bukanlah ganjaran dan pengiktirafan yang diimpikan. Cukuplah sekadar penerimaan mereka kepada kedatangan pihak luar untuk membantu mereka. Beban yang digalas ini menjadi lebih ringan sekiranya penglibatan agensi – agensi kerajaan seperti Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) memberi sokongan dan bantuan kepada PERKIM cawangan ini.
Back to top Go down
http://donateforummah.blogspot.com/
matasura
Moderators
Moderators



Male Number of posts : 24
Age : 42
Location : Bangsar-Sentul-Penang
Registration date : 2008-05-06

Program Bersama ASDAF: Lawatan ke Masyarakat Orang Asli Pos Lanai Empty
PostSubject: Re: Program Bersama ASDAF: Lawatan ke Masyarakat Orang Asli Pos Lanai   Program Bersama ASDAF: Lawatan ke Masyarakat Orang Asli Pos Lanai I_icon_minitimeTue May 20, 2008 10:57 am

Pada yang berminat untuk menyertai program bersama masyarakat orang asli ini, boleh hubungi terus Biro Sukarelawan Muslim Aid Asia di
03-2288 1996 (Ilham / Muhammad)

gambar2 boleh didapati di sini


---> gambar2 program 1
---> gambar2 program 2

Program Bersama ASDAF: Lawatan ke Masyarakat Orang Asli Pos Lanai DSC05372

Program Bersama ASDAF: Lawatan ke Masyarakat Orang Asli Pos Lanai DSC05453
Back to top Go down
http://donateforummah.blogspot.com/
Sponsored content





Program Bersama ASDAF: Lawatan ke Masyarakat Orang Asli Pos Lanai Empty
PostSubject: Re: Program Bersama ASDAF: Lawatan ke Masyarakat Orang Asli Pos Lanai   Program Bersama ASDAF: Lawatan ke Masyarakat Orang Asli Pos Lanai I_icon_minitime

Back to top Go down
 
Program Bersama ASDAF: Lawatan ke Masyarakat Orang Asli Pos Lanai
Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» ASDAF, Rumah anak yatim org asli
» Report: Program Bersama Pelajar Perubatan USM
» PROGRAM MOTIVASI ASDAF- "GLITTERS OF TOMORRROW"

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
Muslim Aid Asia :: Komuniti :: Aktiviti Muslim Aid Asia-
Jump to: